Saya sebagai bakal ejen affiliate, telah
BERSETUJU untuk mematuhi segala syarat dan terma program affiliate di laman web ini.
- Saya faham bahawa sekiranya saya melanggar mana-mana terma dan syarat program affiliate ini, akaun saya boleh digantung ataupun dimansuhkan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notifikasi.
- Saya berjanji akan melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM.
- Saya berjanji tidak akan menggunakan sebarang bahan promosi yang boleh merosakkan nama perniagaan laman web ini.
- Saya berjanji tidak akan menggunakan nama-nama organisasi, trademark, copyright, golongan professional dan apa jua bentuk nama yang dilindungi dalam aktiviti promosi saya.
- Lariba Consulting bersetuju melantik anda dan anda bersetuju menerima lantikan sebagai rakan Affiliate Buku Panduan Bebas Riba dengan akad ju’alah (akad ganjaran kerana memenuhi sesuatu kriteria).
- Anda akan diberikan URL aflliate unik untuk dikongsi kepada sesiapa sahaja yang berminat beli buku Panduan Bebas Riba.
- Tanggung-jawab anda ialah mempromosi buku Panduan Bebas Riba dan URL affiliate anda sebaik mungkin
- Jika belian buku dibuat menggunakan URL anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak RM4 senaskah.
- Tiada had berapa naskah buku yang anda boleh jual sebagai affiliate.
- Bayaran ganjaran akan dibuat ke dalam akaun bank yang anda berikan pada minggu pertama setiap awal bulan.
- Lantikan sebagai affiliate berkuat-kuasa setelah anda mendapat URL affiliate rasmi (sekitar 5 Nov 2022).
- Lantikan sebagai affiliate tidak bermaksud sama sekali anda dilantik menjadi wakil Lariba Consulting.
- Lantikan ini boleh ditamatkan oleh anda atau Lariba Consulting tanpa memberikan sebarang sebab dan notis.
- Lariba Consulting bertanggung-jawab untuk mengambil/memproses bayaran dan menghantar buku kepada pelanggan anda.
- Lariba Consulting berhak menukar terma-terma affiliate ini tanpa merujuk dan mendapat persetujuan anda terlebih dahulu.
- Saya mengakui bahawa segala butiran yang saya daftarkan di atas adalah butiran yang tepat dan sah.
Dengan menghantar butiran pendaftaran ini, saya akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan laman web ini.