
BENGKEL BISNES EMAS PATUH SYARIAH
Pelaburan emas tengah trending sekarang. Tapi ramai juga yang terjebak dalam scam emas atau masih belum faham hukum-hakam mengenai jual-beli emas dan terjebak dalam dosa besar riba.
Emas adalah barang ribawi, silap transaksi dengan emas boleh terlibat dosa besar riba.
Ada dijemput untuk hadiri bengkel 2 hari (4.5 jam/hari) yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 14 & 21 June 2025
Waktu: 9:00am – 1:30pm
Tempat: Online Zoom Meeting atau setaraf dengannya.
Antara topik yang akan dimuatkan dalam bengkel ini ialah:
- Asas-Asas Hukum Jual-Beli Emas
- Jual-Beli Emas Secara Hakiki & Konstruktif
- Transaksi Emas Secara Ansuran
- Kutu Emas
- Bisnes Emas Digital (Akaun Emas)
- Jual-Beli Melalui Platform (Shopee, Lazada, TikTok)
- Emas Sebagai Cagaran Pembiayaan Dll
- Rebate/Diskaun/Hadiah/Hibah Dlm Jual-Beli Emas
- Zakat Emas
- Perlukah Penasihat Syariah?
Akan diberikan contoh-contoh akad/kontrak patuh syariah dalam sebuah Workbook. Juga, jenis bisnes emas yang mana perlukan pemegang amanah (trustee), yang mana perlukan akad, yang mana perlukan wa'ad (janji sebelah pihak). Video dan slides bengkel akan diberikan kepada semua peserta selepas bengkel.
30 peserta terawal akan mendapat diskaun RM50 (KOD: BEmasLariba@1) dan eBook Panduan Bebas Riba oleh Ustaz Lariba.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Jauhi dosa besar riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah....