Bengkel Fiqh Zakat Lariba

BENGKEL ONLINE FIQH ZAKAT LARIBA KE 3

 

Assalamualaikum WRT…

 

Hujung tahun bakal menjelang, masa untuk kira zakat!

 

Anda dijemput untuk hadiri bengkel Fiqh Zakat Lariba yang akan diadakah seperti berikut:

 

Tarikh: Ahad, 7 Disember 2025 & Ahad, 14 Disember 2025

Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang

Kaedah: Zoom Meeting atau setaraf

 

Fokus bengkel ialah seperti berikut:

1. Pengagihan kekayaan dalam Islam

2. Falsafah zakat

3. Rukun dan syarat zakat

4. Penentuan haul dan nisab

5. Asnaf zakat

6. Zakat pendapatan (tanpa perniagaan)

7. Zakat pendapatan (dengan perniagaan)

8. Zakat simpanan (bank, ewallet, emas, Tabung Haji, KWSP (Persaraan, Akaun 3, lebih RM1 juta), takaful with cash value)

9. Zakat perniagaan kecil-kecilan (pasar malam & enterprise)

10. Zakat perniagaan syarikat (enterprise & sdn bhd)

11. Zakat saham (saham syarikat, saham tersenarai, unit amanah, jenis trader & pelabur)

12. Zakat emas dan perak (emas fizikal & digital, barang kemas, emas bercagar)

13. Zakat tanaman

14. Zakat haiwan ternakan

15. Zakat crypto dll

 

Akan dibincang formula dan kaedah pengiraan zakat bagi setiap kategori. Ini adalah kerana ramai orang ingat, contohnya, bila syarikat (enterprise atau sdn bhd) rugi, tak perlu bayar zakat.

 

Akan dibincang bagaimana cara yang betul untuk kira zakat simpanan. 

 

Serta akan menjawab bagaimana Tabung Haji mengira zakat pendeposit dan fatwa zakat ASB yang terkini.

 

Setiap peserta akan mendapat soft copy slides dan video bengkel.

 

Kitab rujukan utama ialah kitab Fiqh Zakat oleh Almarhum Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.

Yuran cuma RM80 seorang. Diskaun RM10 diberikan dengan kupon no. BLARIBAT02 jika daftar pada atau sebelum 4 Disember 2025.

 

Jom belajar salah satu rukun Islam! 

 

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

 

Insha Allah...

 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Bengkel Fiqh Zakat Lariba
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN