Buku "Panduan Bebas Riba"

Assalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Riba adalah dosa besar.

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda, “Jauhilah tujuh (dosa) yang membinasakan!” Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah itu?” Beliau menjawab, “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan haq, memakan riba, memakan harta anak yatim, berpaling dari perang yang berkecamuk, menuduh zina terhadap wanita-wanita merdeka yang menjaga kehormatan, yang beriman, dan yang bersih dari zina”. (HR. Al-Bukhari, no. 3456; Muslim, no. 2669).

Oleh itu, amat penting mencari ilmu untuk mengenali riba, mengenali transaksi-transaksi yang boleh menyebabkan riba dan bagaimana untuk mengelak riba. Jesteru, buku ini ditulis untuk mengisi “kekosongan” ilmu berkenaan riba dalam masyarakat dan diharapkan umat Islam yang membacanya akan faham dan elak dari terlibat dengan riba.

Buku ini adalah pandunan ringkas dan mudah untuk semua lapisan masyarakat bertujuan memberi ilmu asas muamalat berkenaan riba. Buku ini menerangkan lima langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan riba dalam kehidupan.

Buku ini juga mengandungi panduan praktikal di mana terdapat ruang untuk anda menyenaraikan kesemua transaksi simpanan, hutang, jual-beli, perlindungan risiko dan pelaburan anda serta tarikh-tarikh bila anda akan bebas riba.

Harapan kami, dengan mengikuti kandungan buku ini, dengan usaha kita untuk mengetahui apa itu sebenarnya riba, dan bagaimana cara-cara untuk mengelakkannya, kita akan mendapat pertolongan dan keredhaan Allah SWT untuk hidup bebas riba.

Semoga kita bebas dari dosa besar riba.

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan Nabi SAW. In shaa Allah.

Abd Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba

***********

ISI KANDUNGAN BUKU

- Kata Penghantar

- Penghargaan

- Latar Belakang Penulis

- Pendahuluan

- Kaedah Terbaik Manfaatkan Buku Ini

- Belajar Ilmu Muamalat AdalahFardhu Áin

- Definisi Riba

- Langkah 1: Simpanan Bebas Riba

- Langkah 2: Hutang Bebas Riba

- Langkah 3: Perlindungan Risiko Bebas Riba

- Langkah 4: Jual-Beli Barang Ribawi Bebas Riba

- Langkah 5: Pelaburan Bebas Riba

- Senarai Semak Bebas Riba

- Carta-Carta

- Rujukan

**************

Terms and Conditions


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Buku Panduan Bebas Riba
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN